Turn on more accessible mode
Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Turn off Animations

Berita JPM

Berita
487 orang terima pingat kehormatan
01/05/2025

 


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam (NBD) bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 Tahun kepada 487 penerima yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan serta swasta.

Berangkat mengurniakan Pingat-pingat Kehormatan NBD selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Pada hari kedua Istiadat Pengurniaan Pingat diadakan di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman, di sini, seramai 174 penerima lelaki dan 313 penerima perempuan dikurniakan dan menerima Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B), yang terdiri daripada 171 penerima dari Kementerian Kesihatan; 69 penerima dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; 55 penerima dari Kementerian Pembangunan; 147 penerima dari Kementerian Pendidikan; 28 penerima dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan 17 penerima swasta.

Bagi memberkati Majlis Istiadat Pengurniaan Pingat-pingat Kehormatan NBD tersebut, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto